Rabu, 14 Mac 2007

Google Earth

Google Earth

Google Earth merupakan program yang memperbolehkan pengguna mengimbas pemandangan dunia (gambar sebenar tapi bukan masa-sebenar) dari atas langit secara maya. Pada asalnya Google Earth yang dicipta oleh Keyhole Inc dipanggil Earth Viewer, namanya ditukar setelah program tersebut dimiliki oleh Google. Imej pemandangan dari atas yang diperolehi dari perimejan satelit dan fotografi udara telah dicantumkan untuk menghasilkan peta bumi yang lengkap (piksel rendah bagi kawasan hutan).

Program ini boleh diperolehi di bawah tiga jenis lesen perisiaan yang berbeza:

* Google Earth versi percuma dengan fungsi yang terhad.
* Google Earth Plus ($20) dengan lebih banyak fungsi.
* Google Earth Pro ($400 setahun) untuk kegunaan komersil.

Download Perisian ini disini

* Sila pastikan DirectX Windows anda telah dikemaskinikan untuk visual yang terbaik